Contohi Rasulullah

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami

yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda

yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,

"Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap

seorang daripada isteri-isteri baginda

sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada

isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari

mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang

kuberikan cincin kepadanya".

Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri

mereka sahaja yang mendapat cincin dan

merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri

berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar

melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam

rumah. Baginda acap kali memotong

kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari

isteri baginda pergi musafir (mengikut

undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita

tauladani dan praktikkan dalam kehidupan

berumahtangga. . Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah

tangan suami anda bagi menghapuskan

segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga

kerana dengan perkahwinan itu boleh

menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak

Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai

tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan

purnama di hari berserinya wajah

orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi

kebaikan, Insya Allah Tuhan akan

menggandakan 10 kali kepadanya



Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP