Petua Atuk

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh
menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah
airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan
makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya
selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air
perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan
sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian.
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke
dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan
malam. Amalkan setiap hari,anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan
langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu
Manis dan Madu

Untuk lebih petua,download fail ini..



0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP